Single N | Double A

Bonjour fellas! Thank you for your visit and do leave your footprint on my tagboard. *wink


Back to entry

About the owner

Lolipops






Facebook : Adiba
Twitter : Awatif
Blog owner : The Princess


spm candidates 2013 >_<''
Wednesday, 5 December 2012 | 2:34 am | 4 comments

Bismillahirohmanirohim. Heyy peeps, assalamualaikum. Sihat tak? Hee, mohon anda semua sihat okeyy. Kalau ada yang tak sihat tuu, cepat-cepat makan ubat yea. Moga cepat sembuh. hm, macam pelik pulak pagi-pagi lepas solat subuh terus mandi and terpacak jea depan lappy kesayangan ni. Hohoho. Selalunya, time-time macam ni, sedap jea peluk bantal, sambung tido lepas solat *nampak sangat malas di situ* macam ada kelainan sikit untuk hari ni dan akan datang. Dah nekad tanak tido balik lepas bangun subuh setiap hari. Yela, mana tak’y, kalau sambung tido lepas subuh jea, konfem matahari terpacak atas kepala poms tak bangun-bangun lagi. Haha. Pemalas sikit diba ni kalau time –time cuti -_-‘ *jujur itu lebih baik kan?*

Ya Allah, debaran spm tahun 2013 dah mula terasa and diba nervous sangat >_< banyak lagi chapter  form 4 yang diba belum cover. Rasanya elok juga diba guna sebulan ni untuk cover semua tu kan. Tahun depan takda laa kalut sangat dengan chapter form 5 lagi. mohon agar semua ni bukan sekadar angan-angan jea. Korang doakan yang terbaik untuk diba okeyy and i appreciate it so much. Hm, cepat sangat masa berlalu, tahun depan diba dah nak exam -_- seriously macam tak percaya poms ada. Rasa macam baru jea naik ke  tingkatan 1, and now diba dah di penghujung alam persekolahan. Ehh, yaka penghujung? no okay ! selagi diba masih bergelar student, selagi itu diba masih bersekolah. Teetttt :P

Spm ni buat diba stress lahh ! diba takut sangat-sangat dah ni >_<  diba as anak sulung kepada 3 orang adik, agak tertekan bila parents mengharap kejayaan yang cemerlang dalam spm untuk dijadikan pemangkin kepada semangat adik-adik *stress ok stress* diba takut sangat kalau tak dapat nak penuhi semua tu :( dah dua kali exam diba kecewakan mereka. Mak abah, kakak minta maaf sangat-sangat. Kakak tak serius bila mak abah nasihatkn kakak. Kakak menyesal sebab dah kecewakan mak abah pada exam yang lepas-lepas. Untuk exam tahun depan, kakak akan make sure yang kakak takan kecewakan mak abah lagi. Mak abah doakan kakak yea. Kakak sayang mak abah sangat. Jyeahh, exam kali ni diba akan usaha sungguh-sungguh. Diba tanak kantoi lagi T___T

Okeyy, sory ter-feeling pulak pagi-pagi ni. Tapi, tu laa reality hidup diba sekarang. Kali ni diba nekad, soal lelaki or couple, memang 150% diba nak letak tepi. Insyaallah. Wahai hati, engkau tolong jangan mengada-ngada nak bercouple lagi. Karang engkau jugak yang nak sakit. Susah kan aku jer -_-‘ ingat sikit, tuan engkau nak exam tahun depan. Tolong hormat okeyy! Harap diba boleh belajar dengan tenang tanpa perlu fikir pasal kredit fone :D hahaha. Okay, ni kira azam baru tahun depan jugak laa. Heuheu. Btw, seminggu sebelum start UP1 form 5, diba akan mula slow-slow stop semua ni. Means, my fone, facebook, twitter, blog and whatsoever yang seangkatan dengannya.

Doakan saya berjaya lakukan semua ni. Kerna saya tahu, saat saya menulis ni, syaitan sedang tersenyum dan akan menjalankan misi terbarunya. Kan kan? Hahaha :D wahai syaitan laknatullah, pergi kau jauh-jauh dari hidup aku! Engkau yang selalu merosakkan aku jika bertemu dengan rakan sekelas kau si Nafsu! Cukup lahh aku bertarung dengan nafsu diri aku, tak perlu kau nak menyebok! Haha, sudah-sudah. Dah mula merepek ni :D okeyy laa. Rasanya, diba nak stop sampai sini dulu. Later later later on diba hapdett lagi. Now, encik fizik sudah panggil anak buahnya *diba lettew* untuk pergi buat nota ringkas form 4. Hehe, bye semua. Assalamualaikum~

NOTA KAKI : jadual makin padat bila tuisyen dah start minggu ni -_-‘ lepas ni, belog poms mungkin akan ditinggalkan buat sementara waktu sampai selesai spm. Awak , awak, awak ! saya sayang awak :) doakan kejayaan saya okehh
Cerita Lama ^_^ | Cerita Baru ^_^